}

Jumaat, 11 Julai 2014

Resipi Biskut Bintang Kejora

 
BAHAN-BAHANNYA :

110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :

Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :

Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.

Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan sedikit. Buat hingga selesai.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2.

Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba untuk semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thanks datang blog sye..